1. PENDAHULUAN
Latihan Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Bagi sesi Disember 2015, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula pada 30 November 2015 hingga 15 April 2016.
Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Seremban. Saya telah ditempatkan di Seksyen Khidmat Pelanggan selama 2 bulan dan dipindahkan kepada Seksyen Penguatkuasaan. Sepanjang latihan di Seksyen Khidmat Pelanggan, saya diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun ahli dan mengaudit cek jurubank. Manakala, di Seksyen Penguatkuasaan pula, saya lebih kepada membuat format pelbagai jenis statistik dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan format surat notis tuntutan faedah dan dividen. Di situ, saya belajar meningkatkan pengetahuan tentang menggunakan perisian Microsoft Excel dengan lebih dalam.
2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Seperti yang diketahui, Latihan Industri adalah langkah untuk membentuk persediaan pekerjaan kepada pelajar. Ini kerana, semasa pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan ini dapat memberi pengalaman yang amat berguna pada mereka kelak.
Latihan Industri bukan hanya komponen utama dalam kokurikulum pembelajaran tetapi ia juga merupakan salah satu langkah untuk membentuk pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini selaras dengan objektif negara untuk membentuk rakyat yang berwawasan 2020 serta rakyat yang mampu bersaing dengan negara luar.
Namun begitu, dari sudut institusi pengajian, objektif Latihan Industri ialah untuk membina personaliti individu dalam diri pelajar, membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, membentuk disiplin dalam diri pelajar kerana pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik serta memberi pendedahan kepada alam pekerjaan dan menghasilkan Laporan Industri.
Bukan itu sahaja, Latihan Industri juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri pelajar serta dapat meningkatkan semangat pelajar untuk belajar sekembalinya mereka ke Politeknik. Pelajar juga dapat mempraktikkan teori dan amali sepanjang mereka menjalani Latihan Industri.
Pihak Politeknik juga dapat bekerjasama dengan pihak Industri untuk meningkatkan lagi mutu pelajar keluaran Politeknik selaras dengan kemahuan Industri tempatan yang kian membangun dan semakin pesat. Saya berharap dengan adanya Latihan Industri, Politeknik dapat menghasilkan bakal - bakal pekerja yang mampu memenuhi kehendak Industri tempatan yang semakin bergerak pantas selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang sekarang. Dengan ringkasnya, objektif Latihan Industri adalah :
i) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
ii) Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari dengan
kerja-kerja praktikal.
kerja-kerja praktikal.
iii) Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
iv) Membenntuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
v) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
vi) Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan
selepas tamat pengajian.
selepas tamat pengajian.
vii) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
viii) Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap
tugas-tugas yang diberikan.
tugas-tugas yang diberikan.
3. OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Penilaian Latihan Industri akan dijalankan sepanjang tempoh Latihan Industri dan selepas tamatnya latihan seseorang pelajar. Hal ini melayakkan pelajar untuk mendaftar bagi semester berikutnya. Antara objektif laporan Latihan Industri adalah :
i) Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut
jangka waktu yang telah ditetapkan.
jangka waktu yang telah ditetapkan.
ii) Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri.
iii) Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.
iv) Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang
dibuat semasa Latihan Industri.
dibuat semasa Latihan Industri.
v) Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit selepas tamat
menjalani pengajian di Politeknik.
menjalani pengajian di Politeknik.
4. KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Jika ada objektif Latihan Industri, pasti akan ada kepentingannya. Latihan Industri adalah sesuatu yang penting bagi pelajar , tidak hanya pada pelajar Politeknik sahaja, Latihan Industri juga penting untuk semua yang bergelar pelajar. Banyak sebenarnya faedah yang diperolehi oleh pelajar sekiranya mereka menjalani Latihan Industri. Antara kepentingan Latihan Industri adalah :
i) Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang
tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
ii) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik atara pekerja dan kakitangan
sesebuah organisasi.
iii) Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
iv) Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau kekok apabila mula bekerja kelak.
v) Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
vi) Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
vii) Membina keyakinan diri dan memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas.
viii) Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.
Dengan huraian – huraian di atas, Latihan Industri adalah suatu konsep yang harus wujud pada semua institusi – institusi pendidikan tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat membentuk sikap – sikap dan jati bakal – bakal pekerja yang berjaya. Latihan Industri juga memberi begitu banyak kesan yang positif dalam diri pelajar. Hal ini sejajar dengan kehendak Negara yang inginkan masyarakat yang berdaya maju dan cemerlang.
Saya berharap agar cita – cita Negara dapat direalisasikan dengan adanya kewujudan Latihan Industri pada semua institusi pengajian tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai alam pekerjaan. Latihan Industri juga nenbantu pelajar dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, apabila pelajar menghadapi alam pekerjaan kelak, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya bekerja. Oleh sebab itu, wajar saya katakan yang Latihan Industri adalah satu ‘platform’ membentuk pekerja yang cemerlang, terpelajar, disiplin, kreatif dan berdaya saing.
No comments:
Post a Comment