Sunday 17 April 2016

LAMAN UTAMA

POLITEKNIK BALIK PULAU, PULAU PINANG
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
(PENGATUCARAAN)




NAMA :

MOHANAVALI A/P SITHAMBRANATHAN


NO MATRIK :

21DIP14F1027


UMUR :

20 TAHUN

TARIKH LAHIR :

01/04/1996


TEMPAT LATIHAN INDUSTRI :

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) SEREMBAN.

DEDIKASI & PENGHARGAAN

DEDIKASI


            Selamat Sejahtera. Dedikasi ini khas buat ibu dan bapa saya serta ahli keluarga yang banyak membantu saya di dalam penghasilan Buku Laporan Latihan Industri ini serta rakan-rakan seperjuangan lain yang turut bersama-sama membantu saya.  Selain itu, tidak lupa juga kepada pihak Politeknik Balik Pulau serta seluruh kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang banyak membantu saya dengan memberi bimbingan panduan serta tunjuk ajar sewaktu menjalani Latihan Industri dan sehingga terhasilnya Terbitan Laporan ini. Sekian, Terima Kasih.


PENGHARGAAN

 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Puan Melati binti Mohamed selaku Ketua Negeri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Seremban  kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri selama  5 bulan yang bermula pada 30 November 2015 hingga 15 April 2016.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyelia industri saya iaitu Puan Norhayati Binti Hashim, Ketua Seksyen Khidmat Pelanggan, Puan Rosidah Binti Ngah, Pengurus Seksyen Khidmat Pelanggan, Encik Abdul Wahid Bin Idris, Ketua Penguatkuasaan dan Encik Jayakumar A/L Vasudevan, Penolong Ketua Penguatkuasaan yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan praktikal diunit jagaan beliau semua. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan dan staff sokongan KWSP yang turut memberikan tunjuk ajar, kerjasama dan teguran sepanjang saya berkhidmat di seksyen jagaan masing-masing.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Balik Pulau yang telah banyak membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang Latihan Industri ini berjalan. Sekalung penghargaan diucapkan kedua-dua ibu bapa saya dan teman-teman serta sahabat handal yang telah banyak membantu dan memberi sokongan pada saya untuk menjayakan Latihan Industri saya ini.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa juga yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menjalani sesi Latihan Industri ini dengan berjaya.

BAB 1 : PENGENALAN

1. PENDAHULUAN

Latihan Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Bagi sesi Disember 2015, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula pada 30 November 2015 hingga 15 April 2016.

            Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Seremban. Saya telah ditempatkan di Seksyen Khidmat Pelanggan selama 2 bulan dan dipindahkan kepada Seksyen Penguatkuasaan. Sepanjang latihan di Seksyen Khidmat Pelanggan, saya diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun ahli dan mengaudit cek jurubank. Manakala, di Seksyen Penguatkuasaan pula, saya lebih kepada membuat format pelbagai jenis statistik dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan format surat notis tuntutan faedah dan dividen. Di situ, saya belajar meningkatkan pengetahuan tentang menggunakan perisian Microsoft Excel dengan lebih dalam. 


2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

        Seperti yang diketahui, Latihan Industri adalah langkah untuk membentuk persediaan pekerjaan kepada pelajar.  Ini kerana, semasa pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan ini dapat memberi pengalaman yang amat berguna pada mereka kelak.

        Latihan Industri bukan hanya komponen utama dalam kokurikulum pembelajaran tetapi ia juga merupakan salah satu langkah untuk membentuk pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini selaras dengan objektif negara untuk membentuk rakyat yang berwawasan 2020 serta rakyat yang mampu bersaing dengan negara luar.

         Namun begitu, dari sudut institusi pengajian, objektif  Latihan Industri ialah untuk membina personaliti individu dalam diri pelajar, membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, membentuk disiplin dalam diri pelajar kerana pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik serta memberi pendedahan kepada alam pekerjaan dan menghasilkan Laporan Industri.

           Bukan itu sahaja, Latihan Industri juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri pelajar serta dapat meningkatkan semangat pelajar untuk belajar sekembalinya mereka ke Politeknik. Pelajar juga dapat mempraktikkan teori dan amali sepanjang mereka menjalani Latihan Industri.

            Pihak Politeknik juga dapat bekerjasama dengan pihak Industri untuk meningkatkan lagi mutu pelajar keluaran Politeknik selaras dengan kemahuan Industri tempatan yang kian membangun dan semakin pesat. Saya berharap dengan adanya Latihan Industri, Politeknik dapat menghasilkan bakal - bakal pekerja yang mampu memenuhi kehendak Industri tempatan yang semakin bergerak pantas selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang sekarang. Dengan ringkasnya, objektif Latihan Industri adalah :  

 i)     Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. 
 ii)    Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari dengan
         kerja-kerja praktikal.  
iii)    Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.  
iv)    Membenntuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas. 
 v)    Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja. 
vi)    Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan 
        selepas tamat pengajian.  
vii)   Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih. 
viii)  Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap 
         tugas-tugas yang diberikan.





3. OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


          Penilaian Latihan Industri akan dijalankan sepanjang tempoh Latihan Industri dan selepas tamatnya latihan seseorang pelajar. Hal ini melayakkan pelajar untuk mendaftar bagi semester berikutnya. Antara objektif laporan Latihan Industri adalah :

i)    Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut 
      jangka waktu yang telah ditetapkan.
ii)   Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri.
iii)  Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.
iv)  Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang 
      dibuat semasa Latihan Industri. 
v)   Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit selepas tamat 
       menjalani pengajian di Politeknik. 


4. KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

        Jika ada objektif Latihan Industri, pasti akan ada kepentingannya. Latihan Industri adalah sesuatu yang penting bagi pelajar , tidak hanya pada pelajar Politeknik sahaja, Latihan Industri juga penting untuk semua yang bergelar pelajar. Banyak sebenarnya faedah yang diperolehi oleh pelajar sekiranya mereka menjalani Latihan Industri. Antara kepentingan Latihan Industri adalah : 

 i)     Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang
        tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
ii)    Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik atara pekerja dan kakitangan
        sesebuah organisasi.
iii)   Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
iv)   Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau kekok apabila mula bekerja kelak.
 v)    Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
vi)   Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
vii)  Membina keyakinan diri dan memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam  
        melaksanakan tugas.
viii) Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

         Dengan huraian – huraian di atas, Latihan Industri adalah suatu konsep yang harus wujud pada semua institusi – institusi pendidikan tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat membentuk sikap – sikap dan jati bakal – bakal pekerja yang berjaya.  Latihan Industri juga memberi begitu banyak kesan yang positif dalam diri pelajar. Hal ini sejajar dengan kehendak Negara yang inginkan masyarakat yang berdaya maju dan cemerlang.

         Saya berharap agar cita – cita Negara dapat direalisasikan dengan adanya kewujudan Latihan Industri pada semua institusi pengajian tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai alam pekerjaan. Latihan Industri juga nenbantu pelajar dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, apabila pelajar menghadapi alam pekerjaan kelak, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya bekerja. Oleh sebab itu, wajar saya katakan yang Latihan Industri adalah satu ‘platform’ membentuk pekerja yang cemerlang, terpelajar, disiplin, kreatif dan berdaya saing.


BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1  LATAR BELAKANG



Gambar Bangunan KWSP Cwangan Seremban

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Siapakah Ahli Kami?

Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga September 2015, KWSP mempunyai seramai 14.45 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.74 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 537,123.

Caruman Wajib

Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.Bagi pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka, manakala caruman syer majikan sebanyak 13%. Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM5,000 caruman pekerja kekal 11% manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Alokasi Pelaburan

Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Dividen

KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.
Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

Dividen Tahunan dikira berdasarkan baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.


2.2 LOGO KWSP




2.3  VISI DAN MISI

Visi Kami
Menjadi organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik bagi rakyat Malaysia.

Misi Kami
Menyediakan Skim Simpanan Persaraan yang terbaik.

DASAR KUALITI
  

Kami komited memberikan perkhidmatan berkualiti dan berinovasi secara berterusan untuk memenuhi keperluan pelanggan.


2.4  PIAGAM PELANGGAN

Janji Kami





2.5  LAGU KWSP

                                          Bersatu Berbakti

                                          KWSP
                                          Kami komited kami sedia berbakti
                                          Visi dan misi terus dihayati
                                          Di mata dunia harapan kami

                                          KWSP
                                          Kami berikrar nilai murni dijaga
                                          Telus dan integrity amalan bersama
                                          Kualiti perkhidmatan tetap diutama

                                          Kepada ahli kepada majikan
                                          Janji kami anda diutamakan
                                          Berkorban pasti ikhlas menabur bakti
                                          Bersatu hati demimu KWSP

                                          Yakin kami melangkah
                                          Menuju wawasan yang cemerlang
                                          Demi simpanan hari tua anda
                                          Dan pembangunan Negara
                                          Demi KWSP yang kucinta


2.6  ALAMAT KWSP CAWANGAN SEREMBAN

NAMA ORGANISASI :   KUMPULAN WANG SIMPANAN
                                        PEKERJA (KWSP)
ALAMAT                      :    KWSP CAWANGAN SEREMBAN
                               NO.1, JALAN DATO’ A.S. DAWOOD
                               70100 SEREMBAN
                               NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TELEFON                     :     06-7663500
FAX                               :     06-7619863
LAMAN WEB              :     www.kwsp.gov.my


2.7 CARTA ORGANISASI



2.8  PETA LOKASI




BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN

PENGENALAN


         Jangka masa selama 20 minggu saya telah menjalani Latihan Industri di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Seremban.Daripada tempoh 30 November hingga 15 April, saya telah ditempatkan di Seksyen Khidmat Pelanggan dan Sekyen Penguatkuasaan. Selama 5 bulan disini saya telah banyak pelajari dan perolehi semasa menjalankan Latihan Industri ini. Ini sedikit sebanyak telah mendedahkan saya kepada alam pekerjaan yang sebenar. Secara ringkasnya, saya dapat menerangkan tugas saya sepanjang tempoh Latihan Industri ini secara mingguan.


RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI :

Minggu Pertama : 30 November 2015 - 4 Disember 2015

1.  Hari Pertama, melapor diri di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Seremaban
     sebagai seorang pelajar praktikal.
2.  Menggunakan mesin KIOS bagi mencetak penyata KWSP dan penjanaan kod i-Akaun.
     


3.  Mencari dokumen yang telah diimbas untuk auditing.
4.  Membantu dalam proses perekodan permohonan penamaan.
5.  Menyediakan laporan untuk pertandingan "Best Customer Experience".


Minggu Kedua : 7 Disember 2015 - 11 Disember 2015

1. Membuat self auditing untuk borang pengambilan cek jurubank.
2. Meyediakan borang permohonan cuti untuk staff.
3. Membantu dalam proses mecari pegawai pelulus untuk skim pengeluaran dalam sistem
    pengeluaran KWSP.
4. Membuat semakan permohonan penamaan yang telah diimbas dalam sistem penamaan KWSP.


Minggu Ketiga : 14 Disember 2015 - 18 Disember 2015

1. Merekod nombor ahli yang telah meminda maklumat ke dalam buku Revert Penamaan.
2. Belajar untuk mengetahui tentang customer service.
3. Menghantar dokumen ke bilik scanning untuk imbas
4. Mempelajari menggunakan mesin photostat di KWSP.


5. Mencetak borang caruman pilihan sendiri untuk kegunaan pelanggan.
6. Membuat self auditing borang pengambilan cek jurubank.


Minggu Keempat : 21 Disember 2015 - 25 Disember 2015

1. Membantu pelanggan untuk menggunakan KIOS.
2. Mengumpul dan menghantar dokumen untuk semakan dan imbas.
3. Membantu dalam proses perekodan permohonan penamaan.
4. Memasukkan nombor ahli dalam statistik penerimaan pendaftaran dan pengemaskinian i-Akaun
    ahli bulan Disember 2015.


Minggu Kelima : 28 Disember 2015 - 31 Disember 2015

1. Menyediakan Birthday Calendar Seksyen Khidmat Pelanggan dengan menggunakan perisian
    Microsoft Excel.
2. Menghadiri Perhimpunan Bulan Disember 2015.
3. Mencetak dan lamina pemberitahuan kemudahan e-Caruman melalui laman web KWSP.
4. Memasukkan data dalam statistik penerimaan pendaftaran i-Akaun ahli.


Minggu Keenam : 4 Januari 2016 - 8 Januari 2016

1. Mencetak borang caruman pilihan sendiri, skim simpanan 1 Malaysia, borang permohonan
    penamaan dan lampiran resit bayaran pengeluaran pendidikan.
2. Menyusun borang permohonan penamaan mengikut nombor rujukan.
3. Membantu pelanggan untuk membuat pendaftaran ahli baru KWSP dan daftar i-Akaun.
4. Membuat semakan pada borang permohonan penamaan secara manual.
5. Membuat perekodan cek jurubank.
6. Mengedarkan borang isu - isu dan cadangan penambahbaikan kepada staff untuk memberi
    maklumbalas.


Minggu Ketujuh : 11 Januari 2016 - 15 Januari 2016

1. Mencetak borang caruman pilihan sendiri dan skim simpanan 1 Malaysia.
2. Mendaftar ahli dan aktifkan i - Akaun ahli baru.
3. Menyusun borang permohonan penamaan mengikut nombor rujukan.
4. Memasukkan data dalam statistik penerimaan pendaftaran dan pengemaskinian i-Akaun ahli dan
    majikan.
5. Membuat semakan permohonan penamaan yang telah diimbas dalam sistem.


Minggu Kelapan : 18 Januari 2016 - 22 Januari 2016

1. Memasukkan data dalam statistik penerimaan pendaftaran dan pengemaskinian i-Akaun ahli dan
    majikan.
2. Melaksanakan kempen daftar i-Akaun.
3. Membantu dalam proses perekodan permohonan penamaan.
4. Membuat perekodan cek jurubank.
5. Membuat semakan pada borang permohonan penamaan secara manual.


Minggu Kesembilan
: 25 Januari 2016 - 29 Januari 2016

1. Membantu dalam proses perekodan permohonan penamaan.
2. Mengendalikan kempen mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun.
3. Membuat statistik pencapaian pengaktifan i-Akaun bagi setiap anggota Seksyen Khidmat
    Pelanggan.
4. Memasukkan data dalam statistik penerimaan pendaftaran dan pengemaskinian i-Akaun ahli dan
    majikan.
5. Membuat perekodan cek jurubank.


Minggu Kesepuluh : 01 Februari 2016 - 05 Februari 2016

1. Memasukkan data dalam statistik penerimaan pendaftaran dan pengemaskinian i-Akaun ahli dan
    majikan.
2. Membantu dalam proses perekodan permohonan penamaan.
3. Membuat perekodan cek jurubank.
4. Mengendalikan kempen mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun.
5. Membuat semakan pada borang permohonan penamaan secara manual.
6. Membantu dalam proses pengemaskinian infoklik dan microsoft outlook anggota.


Minggu Kesebelas : 08 Februari 2016 - 12 Februari 2016

1. Diberi penerangan tentang Seksyen Penguatkuasaan, Akta KWSP dan nilai-nilai korporat.
2. Membaca, memahami dan membuat nota penting tentang prosedur pengurangan, pengecualian,
    pembatalan dan pengurusan bayaran ansuran terhadap faedah dan dividen yang dikenakan keatas
    caruman lewat dibayar oleh majikan swasta dan kerajaan.
3. Membantu dalam proses pengemaskinian infoklik dan microsoft outlook anggota.
4. Membuat statistik beban kerja item ketidakakuran tahun 2016 dan sebelum.
5. Belajar mengetahui customer service di kaunter Penguatkuasaan.


Minggu Keduabelas : 15 Februari 2016 - 19 Februari 2016

1. Membuat statistik beban kerja item ketidakakuran tahun 2016 dan sebelum.
2. Membuat format kawal selia kes - kes aduan.


3. Membuat format surat kepada pengarah yang gagal bayar faedah atau dividen serta surat notis
    tuntutan faedah dan dividen.


4. Mengira jumlah amaun jenis item pada laporan penyelesaian mingguan NC 2015 dan sebelum
    setakat 15/2/16 hingga 19/2/2016 secara manual.
5. Membantu dalam proses pengemaskinian infoklik dan microsoft outlook anggota.


Minggu Ketigabelas : 22 Februari 2016 - 26 Februari 2016

1. Mencetak dan mengisi maklumat dalam format daftar surat - menyurat (keluar).
2. Mengira jumlah amaun jenis item pada laporan penyelesaian mingguan NC 2016.
3. Membuat format statistik prestasi MGM.
4. Melipat dan memasukkan surat ke dalam sampul untuk dipos.
5. Membuat format surat kepada pengarah yang gagal bayar faedah atau dividen serta surat notis
    tuntutan faedah dan dividen.
6. Membuat memo untuk memohon perkhidmatan pos laju / pos berdaftar.



Minggu Keempatbelas : 29 Februari 2016 - 04 Mac 2016

1. Menghadiri Perhimpunan bulan Februari 2016 untuk mengetahui Rancangan Perbelanjaan dengan
    Berhemah.
2. Membuat format kategori kes aduan (Februari 2016) setakat 02/03/2016.


3. Melipat dan memasukkan surat ke dalam sampul sebanyak 160 keping.
4. Membuat senarai maklumat majikan yang berurusan di pejabat atau kaunter Penguatkuasaan bagi
    tempoh 15 Februari hingga 1 Mac 2016.
5. Menghadiri sesi Perkongsian ilmu PERKESO.
6. Mengikuti bengkel hala tuju KWSP 2016 iaitu dari 4 Mac 2016 hingga 6 Mac 2016.



Minggu Kelimabelas : 07 Mac 2016 - 11 Mac 2016

1. Membantu anggota Penguatkuasaan untuk membuat i-learning dalam infoklik bagi tajuk yang telah
    ditetapkan.


2. Membuat memo untuk memohon perkhidmatan pos laju / pos berdaftar.
3. Mengira jumlah keseluruhan jenis item dan amaun jenis item pada senarai beban kerja item
    ketidakakuran tahun 2016.
4. Membuat format untuk borang permohonan carian (kebankrapan) yang dikenali sebagai borang K.


Minggu Keenambelas : 14 Mac 2016 - 18 Mac 2016

1. Membantu anggota Penguatkuasaan untuk membuat i-learning dalam infoklik.
2. Mengira jumlah keseluruhan jenis item dan amaun jenis item pada senarai beban kerja item
    ketidakakuran tahun 2015 dan 2016.
3. Membuat format surat kepada pengarah yang gagal bayar faedah atau dividen serta surat notis
    tuntutan faedah dan dividen bagi 4 syarikat.
4. Melipat dan memasukkan surat ke dalam sampul sebanyak 53 keping.
5. Membantu pelanggan untuk daftar i-Akaun majikan dan mencetak borang A untuk bayar caruman.


Minggu Ketujuhbelas : 21 Mac 2016 - 25 Mac 2016

1. Membantu anggota Penguatkuasaan untuk membuat i-learning dalam infoklik.
2. Menyemak SSM dan Kad Pengenalan majikan pada borang permohonan pendaftaran majikan.
3. Mengira jumlah keseluruhan jenis item dan amaun jenis item pada senarai beban kerja item
    ketidakakuran tahun 2016.    
4. Membuat format surat kepada pengarah yang gagal bayar faedah atau dividen serta surat notis
    tuntutan faedah dan dividen bagi 13 syarikat.
5. Melipat dan memasukkan surat sebanyak 350 keping ke dalam sampul.


Minggu Kelapanbelas : 28 Mac 2016 - 01 April 2016

1. Menghadiri Perhimpunan bulan Mac 2016 untuk mengetahui panduan pelaksanaan 5S dan prestasi
    statistik setiap seksyen setakat bulan Februari.
2. Membuat format surat kepada pengarah yang gagal bayar faedah atau dividen serta surat notis
    tuntutan faedah dan dividen (STF & STD) bagi 32 syarikat.
3. Melipat dan memasukkan surat sebanyak 282 keping surat ke dalam sampul.
4. Membuat memo untuk memohon perkhidmatan pos laju / pos berdaftar bagi 19 syarikat.
5. Membuat format peratus pencapaian NC anggota bagi minggu kelapan.
6. Melibatkan diri dalam program i-Akaun di Dataran Arena Tampin pada 02/04/2016.



Minggu Kesembilanbelas : 04 April 2016 - 08 April 2016

1. Membuat memo untuk memohon perkhidmatan pos laju / pos berdaftar bagi 23 syarikat.
2. Melipat dan memasukkan surat sebanyak 111 keping surat ke dalam sampul.
3. Mencetak borang permohonan pendaftaran majikan yang telah dilengkap dan ditandatangani oleh
    majikan setelah menyemak SSM dan Kad Pengenalan.
4. Membuat format untuk statistik STF & STD amaun tertinggi - item MKI Tahun 2016.
5. Membuat senarai nama pemilik sektor / zon Seksyen Penguatkuasaan.


6. Membantu pelanggan untuk daftar i-Akaun majikan dan mencetak borang A untuk bayar caruman.


Minggu Keduapuluh : 11 April 2016 - 15 April 2016

1. Mengisi maklumat surat pada format daftar surat menyurat (keluar) serta melipat dan
    memasukkan dalam sampul sebanyak 27 keping surat.
2. Mengira jumlah keseluruhan jenis item dan amaun jenis item pada senarai beban kerja item
    ketidakakuran tahun 2015 dan 2016.
3. Membuat memo untuk memohon perkhidmatan pos laju / pos berdaftar bagi 10 syarikat.
4. Mencetak borang permohonan pendaftaran majikan yang telah dilengkap dan ditandatangani oleh
    majikan setelah menyemak SSM dan Kad Pengenalan.
5. Membantu pelanggan untuk mencetak makluman penghantaran data borang A bagi bayar caruman.



BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

LAPORAN TEKNIKAL 1


PENGAKTIFAN i-AKAUN AHLI DI KIOS

1. Sila masukkan Mykad Anda


2. Permintaan sedang diproses.


3.  Sila letakkan ibu jari pada pengimbas cap ibu cari.

                                   

4. Sila tekan butang menjana kod - pengaktifan i-Akaun



    
5. Masukkan 6 digit kod pengaktifan.

               
                                           
PENGAKTIFAN i-Akaun MELALUI LAMAN WEB RASMI KWSP.

           
   
                        


              
                                                                                                       

              
     
               


LAPORAN TEKNIKAL 2

PENGAKTIFAN i-AKAUN MAJIKAN

    





















BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

PENDAPAT DAN PANDANGAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI

            Dalam pemerhatian saya spenjang menjalani Latihan Industri (LI) di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Seremban, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai pejabat ini. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 5 bulan dan bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan pejabat. Saya ingin memberikan komen ini supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek. Antara pendapat dan pandangan yang telah saya senaraikan adalah:

1.  Di sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran yang professional iaitu dalam mengenal pasti tugas – tugas seorang pekerja. Dari situ, saya dapat melihat bahawa bagaimana seseorang anggota itu menjalankan tugasan yang diberi dengan sempurna.

2.  Hubungan yang baik  antara saya, kakitangan di KWSP dan rakan – rakan telah mewujudkan suasana yang begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka.

3.    Latihan Industri sememangnya melatih kita di dalam menggabungkan pengetahuan – pengetahuan atau teori – teori yang telah kita pelajari sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam amalan harian supaya ia dapat meluaskan lagi pengetahuan kita. Pejabat ini menggunakan sistem kedatangan yang betul dan boleh menyumbangkan kepada pekerja yang lebih berdisiplin. Kedatangan pekerja direkodkan dalam Access Card Time Attendance System (ACTAS). Oleh itu, semua pekerja menepati masa untuk ke tempat kerja.

4.    Tempat letak kenderaan bagi kereta anggota KWSP mahupun pelanggan yang megunjungi adalah terhad menyebabkan kesesakan kereta keluar masuk. Oleh itu, pihak KWSP perlu menyediakan tempat letak kereta yang secukupnya kepada anggota KWSP dan khususnya kepada pelanggan. Ini akan memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan tenang di kaunter.



CADANGAN – CADANGAN KEPADA PIHAK POLITEKNIK DAN FIRMA

            Saya juga ingin memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak bertanggungjawab. Antaranya ialah:

          1.     Pihak politeknik mestilah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa pelajar sedang menjalani Latihan Industri. Dengan ini, pihak Politeknik dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan organisasi. Hal ini boleh mendorong kepada pihak Organisasi untuk mengambil para pelajar dari Politeknik untuk menjalani Latihan di tempatnya. Perkara ini boleh mengelakkan kekeliruan atau salah faham antara Organisasi dan pihak Politeknik.

            2.     Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop pembelajaran sesetengah kursus yang ada di Politeknik. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak Politeknik memberikan penerangan dengan lebih jelas. Hal ini akan memudahkan pihak firma untuk memberikan tugas – tugas yang berkaitan dengan kusus kami supaya kita tidak menyimpang daripada kursus kita.

         3.    Syarikat atau firma juga memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar. Oleh itu, pihak firma seharusnya menyediakan peluangan pekerjaan seperti tugasan kerja kepada pelajar.

        4.     Pihak pejabat atau firma juga perlulah menitik beratkan tentang permasalahan pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri di tempat masin-masing. Memandangan pelajar masih baru di alam pra-pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan. Sekiranya tindakan ini tidak dapat dilaksanakan, maka para pelajar menganggap pihak pengurusan firma tidak mengambil berat terhadap kerja yang mereka telah laksanakan.