Sunday 17 April 2016

BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

PENDAPAT DAN PANDANGAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI

            Dalam pemerhatian saya spenjang menjalani Latihan Industri (LI) di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Seremban, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai pejabat ini. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 5 bulan dan bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan pejabat. Saya ingin memberikan komen ini supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek. Antara pendapat dan pandangan yang telah saya senaraikan adalah:

1.  Di sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran yang professional iaitu dalam mengenal pasti tugas – tugas seorang pekerja. Dari situ, saya dapat melihat bahawa bagaimana seseorang anggota itu menjalankan tugasan yang diberi dengan sempurna.

2.  Hubungan yang baik  antara saya, kakitangan di KWSP dan rakan – rakan telah mewujudkan suasana yang begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka.

3.    Latihan Industri sememangnya melatih kita di dalam menggabungkan pengetahuan – pengetahuan atau teori – teori yang telah kita pelajari sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam amalan harian supaya ia dapat meluaskan lagi pengetahuan kita. Pejabat ini menggunakan sistem kedatangan yang betul dan boleh menyumbangkan kepada pekerja yang lebih berdisiplin. Kedatangan pekerja direkodkan dalam Access Card Time Attendance System (ACTAS). Oleh itu, semua pekerja menepati masa untuk ke tempat kerja.

4.    Tempat letak kenderaan bagi kereta anggota KWSP mahupun pelanggan yang megunjungi adalah terhad menyebabkan kesesakan kereta keluar masuk. Oleh itu, pihak KWSP perlu menyediakan tempat letak kereta yang secukupnya kepada anggota KWSP dan khususnya kepada pelanggan. Ini akan memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan tenang di kaunter.



CADANGAN – CADANGAN KEPADA PIHAK POLITEKNIK DAN FIRMA

            Saya juga ingin memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak bertanggungjawab. Antaranya ialah:

          1.     Pihak politeknik mestilah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa pelajar sedang menjalani Latihan Industri. Dengan ini, pihak Politeknik dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan organisasi. Hal ini boleh mendorong kepada pihak Organisasi untuk mengambil para pelajar dari Politeknik untuk menjalani Latihan di tempatnya. Perkara ini boleh mengelakkan kekeliruan atau salah faham antara Organisasi dan pihak Politeknik.

            2.     Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop pembelajaran sesetengah kursus yang ada di Politeknik. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak Politeknik memberikan penerangan dengan lebih jelas. Hal ini akan memudahkan pihak firma untuk memberikan tugas – tugas yang berkaitan dengan kusus kami supaya kita tidak menyimpang daripada kursus kita.

         3.    Syarikat atau firma juga memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar. Oleh itu, pihak firma seharusnya menyediakan peluangan pekerjaan seperti tugasan kerja kepada pelajar.

        4.     Pihak pejabat atau firma juga perlulah menitik beratkan tentang permasalahan pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri di tempat masin-masing. Memandangan pelajar masih baru di alam pra-pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan. Sekiranya tindakan ini tidak dapat dilaksanakan, maka para pelajar menganggap pihak pengurusan firma tidak mengambil berat terhadap kerja yang mereka telah laksanakan.


No comments:

Post a Comment