Sunday, 17 April 2016

BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1  LATAR BELAKANG



Gambar Bangunan KWSP Cwangan Seremban

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Siapakah Ahli Kami?

Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga September 2015, KWSP mempunyai seramai 14.45 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.74 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 537,123.

Caruman Wajib

Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.Bagi pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka, manakala caruman syer majikan sebanyak 13%. Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM5,000 caruman pekerja kekal 11% manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Alokasi Pelaburan

Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Dividen

KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.
Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

Dividen Tahunan dikira berdasarkan baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.


2.2 LOGO KWSP




2.3  VISI DAN MISI

Visi Kami
Menjadi organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik bagi rakyat Malaysia.

Misi Kami
Menyediakan Skim Simpanan Persaraan yang terbaik.

DASAR KUALITI
  

Kami komited memberikan perkhidmatan berkualiti dan berinovasi secara berterusan untuk memenuhi keperluan pelanggan.


2.4  PIAGAM PELANGGAN

Janji Kami





2.5  LAGU KWSP

                                          Bersatu Berbakti

                                          KWSP
                                          Kami komited kami sedia berbakti
                                          Visi dan misi terus dihayati
                                          Di mata dunia harapan kami

                                          KWSP
                                          Kami berikrar nilai murni dijaga
                                          Telus dan integrity amalan bersama
                                          Kualiti perkhidmatan tetap diutama

                                          Kepada ahli kepada majikan
                                          Janji kami anda diutamakan
                                          Berkorban pasti ikhlas menabur bakti
                                          Bersatu hati demimu KWSP

                                          Yakin kami melangkah
                                          Menuju wawasan yang cemerlang
                                          Demi simpanan hari tua anda
                                          Dan pembangunan Negara
                                          Demi KWSP yang kucinta


2.6  ALAMAT KWSP CAWANGAN SEREMBAN

NAMA ORGANISASI :   KUMPULAN WANG SIMPANAN
                                        PEKERJA (KWSP)
ALAMAT                      :    KWSP CAWANGAN SEREMBAN
                               NO.1, JALAN DATO’ A.S. DAWOOD
                               70100 SEREMBAN
                               NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TELEFON                     :     06-7663500
FAX                               :     06-7619863
LAMAN WEB              :     www.kwsp.gov.my


2.7 CARTA ORGANISASI



2.8  PETA LOKASI




No comments:

Post a Comment